try

Thursday, April 4, 2013

My happy vacation..




Assalamualaikum :)


(edisi cuti-cuti Malaysia)


Actually  dalam 2,3 minggu lepas aku telah berkesempatan menjalani percutian bersama family. perjalanan menuju ke Cameron Highland mengambil masa selama 5jam dari Kuala Lumpur. boleh tahan jauhnya . macam balik kuantan pulak aku rasa. hehe. tapi memang tak la terus ke sana. haruslah berhenti sejenak mengisi perut dan berehat di R&R Tapah sambil menikmati cara hidup orang utara. kan...


 kenapa lama sangat nak sampai?. for sure mengikut kata-kata rumors yang ada perjalanan ke Cameron Highland melalui Tapah adalah bahaya. disebabkan faktor jalan yang sempit dan ditepian curam yang comel dan mengerikan. kami decide untuk lajak ke depan sikit melalui Simpang Pulai. masa naik tu toksah cakap la. pening kepala aku. 


setelah sampai kami berhenti sebentar di KEA FARM. keluar dari kereta dapat rasa udara dan angin yang sejuk lagi menyegarkan. wahhh masa ni teruja betul. tetiba feeling ala-ala kt Korea. saya suka cuaca di Cameron Highland! masa ni sempat merasa stroberi coklat yang jadi fevret Dato' CT ooo sommm.......hehe..







agak lama di dalam kereta punggungku pun rasa kematu. kami terus ke tempat penginapan di Brinchang. seronoknya! inila tempat penginapan kami. paling penting jangan risau kemudahan semua disediakan. tikar sejadah pun ada...astro pun ada kau. sonok tak sonok tak :) oh ya bilik ni include 1 katil bujang and 1 katil kelamin. sejuk sangat bila malam dan subuh. lagi seronok aku dapat selimut jaring. bahahahhahaha. 







tempat bbq juga disediakan. kami telah memasak bbq disini bersama pemanggang ajaib! hikhik. enak sihhh. slurppp. disekitar tu pun disediakan taman permainan. sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yangggg boleh tolong teman sahaja. huhu. 









kami juga telah panaskan lauk yang dibeli di R&R siang tadi untuk makan malam. barang-barang kena bawa sendiri demi  penjimatan 
kos sebagai pelancong. enaknya 
hidup ditempat orang bersama keluarga. ^^











pengembaraan kami diteruskan keesokkan harinya. tempat pertama yang kami pergi di RED STRAWBERRY FARM di brinchang. tapi farm ni tak spesifik pada stroberi je. ada juga kaktus,sayur-sayuran dan bunga. tapi yang paling seronok disini ada disediakan kedai cenderahati dan kedai makanan berunsurkan stroberi. kami juga telah pergi ke ladang teh. curam toksah ingat. kecut perut aku nak lalu kat pokok teh tu. 










TADAAAAAAAAAA

telah membeli ini di KEA FARM sebagai kenangan :) sayur n buah pun banyak beli tapi tak sempat nak ambik gambar. so kalau kesini make sure korang pergi dulu semua kedai. and korang akan dapat bandingkan harga yang murah dengan barang yang banyak. cth sayur 10 jenis rm10. stroberi ada yang rm10 dapat 5 medium bekas stroberi.




eh eh lupa nak bagitahu nama bilik penginapan aku. :)






kalau free jemputlah ke Cameron Highland :) !!!







No comments:

Post a Comment