try

Sunday, June 9, 2013

Kawaii Sanitizer



Asslamualaikum


Hai! lately aku memang jarang sangat nak update blog. kadang-kadang tepu rasa otak nk update apa.  dunia pun makin maju dengan facebook, twitter, instagram, whatsapp, we chat, line dan yang paling latest kakaotalk. itu jela yang rajin aku buka. hahaha. alasan! padahal teman busy buat lesen. (ok alasan lagi) bahahaha..


okay dalam entry kali ini aku nak tunjuk barang yang agak comel yang menjadi kegilaan peminat barang comel macam aku ni. =) penat taw cari sampai putus harapan rasa.





Itu hari aku ada lah buka instagram. kuarlah gambar kat atas ni. aku tertanya juga benda alah apa la yang comel sangat ni. siap boleh gantung lagi youuuu. then barulah aku tahu sanitizer rupanya. mihmihmih =) tapi owner dia tak jual online. sedih :'(


One day masa jalan-jalan kt mall suddenly adik aku ternampak sanitizer seakan-akan apa yang dilihat. apa lagi terus grab la. hehe. suka angat adik kita taw. dia pun minat jugak. 





 Tadaaa. yang warna hijau tergantung tu. versi hello kitty punya. bawa je kemana-mana confirm memudahkan uollss. anti bacteria lagi youu. iloikee. so sapa-sapa yang berminat  boleh lah dapatkan segera di GUARDIAN. hurry up!! =)





Thursday, April 4, 2013

My happy vacation..




Assalamualaikum :)


(edisi cuti-cuti Malaysia)


Actually  dalam 2,3 minggu lepas aku telah berkesempatan menjalani percutian bersama family. perjalanan menuju ke Cameron Highland mengambil masa selama 5jam dari Kuala Lumpur. boleh tahan jauhnya . macam balik kuantan pulak aku rasa. hehe. tapi memang tak la terus ke sana. haruslah berhenti sejenak mengisi perut dan berehat di R&R Tapah sambil menikmati cara hidup orang utara. kan...


 kenapa lama sangat nak sampai?. for sure mengikut kata-kata rumors yang ada perjalanan ke Cameron Highland melalui Tapah adalah bahaya. disebabkan faktor jalan yang sempit dan ditepian curam yang comel dan mengerikan. kami decide untuk lajak ke depan sikit melalui Simpang Pulai. masa naik tu toksah cakap la. pening kepala aku. 


setelah sampai kami berhenti sebentar di KEA FARM. keluar dari kereta dapat rasa udara dan angin yang sejuk lagi menyegarkan. wahhh masa ni teruja betul. tetiba feeling ala-ala kt Korea. saya suka cuaca di Cameron Highland! masa ni sempat merasa stroberi coklat yang jadi fevret Dato' CT ooo sommm.......hehe..







agak lama di dalam kereta punggungku pun rasa kematu. kami terus ke tempat penginapan di Brinchang. seronoknya! inila tempat penginapan kami. paling penting jangan risau kemudahan semua disediakan. tikar sejadah pun ada...astro pun ada kau. sonok tak sonok tak :) oh ya bilik ni include 1 katil bujang and 1 katil kelamin. sejuk sangat bila malam dan subuh. lagi seronok aku dapat selimut jaring. bahahahhahaha. 







tempat bbq juga disediakan. kami telah memasak bbq disini bersama pemanggang ajaib! hikhik. enak sihhh. slurppp. disekitar tu pun disediakan taman permainan. sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yangggg boleh tolong teman sahaja. huhu. 









kami juga telah panaskan lauk yang dibeli di R&R siang tadi untuk makan malam. barang-barang kena bawa sendiri demi  penjimatan 
kos sebagai pelancong. enaknya 
hidup ditempat orang bersama keluarga. ^^











pengembaraan kami diteruskan keesokkan harinya. tempat pertama yang kami pergi di RED STRAWBERRY FARM di brinchang. tapi farm ni tak spesifik pada stroberi je. ada juga kaktus,sayur-sayuran dan bunga. tapi yang paling seronok disini ada disediakan kedai cenderahati dan kedai makanan berunsurkan stroberi. kami juga telah pergi ke ladang teh. curam toksah ingat. kecut perut aku nak lalu kat pokok teh tu. 










TADAAAAAAAAAA

telah membeli ini di KEA FARM sebagai kenangan :) sayur n buah pun banyak beli tapi tak sempat nak ambik gambar. so kalau kesini make sure korang pergi dulu semua kedai. and korang akan dapat bandingkan harga yang murah dengan barang yang banyak. cth sayur 10 jenis rm10. stroberi ada yang rm10 dapat 5 medium bekas stroberi.




eh eh lupa nak bagitahu nama bilik penginapan aku. :)






kalau free jemputlah ke Cameron Highland :) !!!







Tuesday, April 2, 2013

Resepi : Puding Roti



  Assalamualaikum :) 


(edisi masak-masak)


hai bertemu lagi kita dalam episod entry masak-masak. saya chef farah, chef anda hari ini akan menunjukkan cara-cara membuat puding roti. apa?? macam kacang je? tssskkk. how come you..tapi memang punnnn..kikiki..


mari kita mulakan ye kawan-kawan. 


: bahan-bahan :

10 keping roti sandwhich @ roti kismis (dibuang kulit tepi)
4biji telur
150 gram gula
400ml susu segar
sedikit coklat cip

: bahan sos vanila :

100ml susu segar/ dimasak
1 1/2 sudu makan tepung jagungdibancuh sedikit air
1 sudu teh esen vanila
sedikit garam
gula secukup rasa


: cara-cara :

roti yang telah dibuang kulit tepi dipotong 4. susun roti dalam bekas yang akan dibakar

dalam bekas lain,masukkan telur dan gula.pukul hingga sebati. masukkan sedikit garam dan pukul lagi sehingga sebati. masukkan essen vanilla. pukul lagi.

kemudian masukkan susu segar. gaul sebati. tuangkan acuan ke dalam bekas berisi roti sama paras dengan susunan roti tadi.

tabur sedikit cip coklat dn bakar pada suhu 180dc selama 40- 45 minit.

untuk membuat sos,100ml susu segar dimasak dahulu kemudian dicampur tepung jagung yg telah dibancuh sedikit air,sedikit essen vanilla,garam dan gula secukup rasa.

SIAP!





better korang kalau nak guna kismis baik beli roti kismis tu je. ni kismis asing dari roti tak melekat kau. lepas bakar asik terjatuh je kismisnya..nge3..dan nak lagi sedap makan masa sejuk. makanya lepas bakar tu bg chill kejap then korang simpan dalam peti sejuk. lagi umph!




selamat mencuba! :)




Awak nak kulit berseri macam saya tak..




Assalamualaikum :)



hai ibuk-ibuk bapak-bapak. samat ketemu kembali ya. rinduan sama gwe? wahh bikin terharu ya kamu :) hikhik.. gwe tersipu-sipu malu ni. 

ya udah sih.. aku sedang kepanasan kerana berpeluh di musim panas yang kering tapi tak berapa kering. malam-malam boleh pulak tersedar dari tido rasa berpeluh-peluh kat kepala. sori bukan aku botak k tapi disebabkan kepanasan,kewapan dan kebahangan menyebabkan kepala aku yang berambut ini juga berpeluh selain badan. (untung rumah kau ade aircond kan!.) wkwkwkw kerek tak kerek tak. -_-'


 mari kita back to the point. aku nak tunjuk kat korang produk yang baru aku cuba. baru sebulan la guna. produk kecantikkan. terima kasih juga kat my kawan yang bagi free untuk aku buat testimoni. maceh yas anje anje. hikhik. terharu mak!



disediakan bersama transparent bar (pencuci muka), krim siang (warna putih) dan krim malam (warna kuning).



actually ini produk kecantikkan  METAL FORSIS by NATURAL 99. yang aku suka sebab produk ni tak guna bahan kimia. lebih kepada bahan semulajadi. aku pun sekarang nak back to nature lah. nak kurangkan guna bahan-bahan kecantikkan yang ada unsur kimia. kawan aku bagitau produk ni ada guna temulawak. hahaha sori orang tak lawak tak boleh guna!. ok tak lawak. 


masa aku mula-mula guna pun aku suruh adik aku guna sekali. nak tau effect dia camne kan. sabun TRANSPARENT BAR itu kan bulat ye kawan-kawan. aku ingat nak potong 4. sekali kau adik aku potong kecil2 cam dadu. tapi besar sikit dari dadu. macam-macam bentuk. aku tenyeh-tenyeh nak cuci muka pun tak berapa nak berbuih. hahaha. 


tapi alhamdulillah. ade kesan yang bagus. kulit jadi licin, putih dan kulit muka ala2 ada sinar gtu. yela mesti korang pandang pada luaran kan. tak cun packaging la, ala-ala kampong la, tak glemour macam maybellin, olay and what so ever la. tak cuba tak tahu kan. oh lupa pula nak bagitau. yang ni aku pakai sabun kuning (untuk kulit normal). ada sabun hijau (kulit berjerawat,kering,kusam dan bermasaalah).


oh ya kalau korang guna krim tu jangan alas-alas dengan apa2 produk lain. biarkan krim je yang alas muka korang yang cantik bak bidadari iteww. remember k! hikhik. panjang pulak aku membebel. selamat mencuba! :)


jual beli boleh dilakukan disini 
Shahiera Iera
ataupun contact number 0132029368. 





Tuesday, February 19, 2013

Jerawat



Assalamualaikum =)



(edisi kesihatan)


Hai kawan-kawanku. Adakah anda semua tahu kecantikkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu luaran dan dalaman? Luaran adalah kecantikkan dari sudut fizikal yang boleh dilihat oleh mata kasarkan. Manakala dalaman adalah sebaliknya. lebih penting untuk dijaga kerana kesihatankan bermula dari dalam. (tu diaaa)

Aku pun sebenarnya demi menjaga kesihatan yang unggul cuba menstabilkan dan mengurangkan kuantiti pengambilan setiap makanan yang diambil. Yela kadang-kadang terlebih ambil yang manis, masin, masam dan paling jarang pahit. hik3. om nom nom ^_^



Jom kenali simptom-simptom terjadinya jerawat dipermukaan wajah dan leher anda =) 


1 & 2 : Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3 : Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5 & 7 : Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6 : Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8 : Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 &10 : Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 & 12 : Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13 : Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14 : Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.











Selain itu kita diberi pilihan untuk mengamalkan petua moden dan tradisional untuk menjaga kecantikkan. 

Petua moden : didakwa boleh memberi kesan segera. apa yang menjadi kebimbangan  adalah keselamatan produk yang digunakan.

Petua tradisional : menggunakan bahan semulajadi biasanya lebih berkesan walaupun selalunya mengambil masa yang lama sedikit untuk menampakkan hasilnya. lebih tahan lama berbanding rawatan moden.



Pilihan di tangan anda =)



Thanx for reading this entry

Resepi : yee mee kungfu



Assalamualaikum =)



edisi masak-masak



Kuantiti pemakan adalah seorang dan berstatus bujang. itu hari for the first trial aku untuk mencuba resepi ni. rumah perlulah kosong takde orang. baru aman nak bikin rancangan masak sendiri (yakni syok sendiri) waahahaha =)


Ingat! disebabkan si pemakan aku sorang je jadi bahan-bahan hanya dalam kuantiti sedikit dan menjimatkan. kekeke




: Bahan - bahan :


yee mee
sedikit air
daging ayam
bawang putih
bawang merah (bby onion)
kiub pati ayam
lobak merah
tepung jagung
cili api
sayur sawi

kuantiti bahan terpulang pada korang.


: cara- cara :

Tumis bawang putih dan bawang merah. tapi aku lagi suka pakai bby onion sebab manis. bila sudah terbit bau masukkan air. biarkan seketika.

Masukkan daging ayam, sayur, cili api( aku suka pedas jadi aku akan potong cili kecil - kecil),masukkan sedikit kiub ayam dan campuran tepung jagung bersama air. kacau dan biar sampai kuah sedikit likat.

masukkan bahan perasa mengikut tahap kesedapan deria lidah anda dan siap!



Sebenarnya aku lagi suka masak resepi ni dari spagetti. ikut selera. orang bujanglah katakan. aku ingat nak habiskan je. tapi saje mengenangkan sapa yang balik dulu dapatlah merasa yee mee buatan aku yang seciput tu. walaupun tengok hek eleh adik aku pun reti wat tapi akak aku cakap sedap. hik3.




Thank you for reading this entry!









Monday, February 18, 2013

Bila berdikari



Assalamualaikum :)


 (edisi rempit)

 Dulu masa belajar kat kolej aku selalu makan kat kedai tepi jalan je. siyes jimat bai. dah lah murah, sedap pulak. sarapan tak payah cakap, confirm selalu skip. terus makan tengahhari. mula-mula dulu aku selalu order nasi bujang je. tapi nak bunyi sedap nasi STANDART ayam. menu petang mesti mee bandung. setiap hari aku order tanpa kenal erti bosan. wahahaha.


meja kegemaran. sampai kedai ambil remort, surat khabar, tuju kipas (seperti gambar di atas) dan order makanan. ni bila time clear. tak clear jangan harap. kah3. (selalunya kedai ni penuh ngan student lelaki.)



Selepas itu tanpa diduga citarasa aku telah beralih arah. aku suka lunch kat kedai ni. nama kedai pun kedai ayam KFC bai. mana nak dapat kedai kecik tepi jalan nama macam tu. kalau ade masak lemak labu kat tray pertama memang tu yang aku cekaw dulu. kemudian baru ayam TORENG. hik3. 



Bila bulan puasa inilah destinasi buka puasa aku dan kawan-kawan bersama lecturer. tapi tak selalulah. lokasi yang berdekatan dengan masjid dan berpuluh-puluh bazaar selalunya menjadi tempat wajib seisi rakyat Pahang berbuka (harus skema). bila dah nak dekat berbuka memang penuh padang. orang lain buka puasa kat kedai makan grand kita orang buka puasa dengan menikmati keindahan alam. =) Alhamdulillah. 


Sebagai student majlis-majlis sambutan seperti ini haruslah dihadiri. bak kata orang watpe bayo mahal-mahal kalau tak manfaatkan. mihmihmih. disebabkan ingin memanfaatkan apa yang ada tanpa aku sedari pinggan pastik yang diberikan tidak seperti mengisi makanan biasa, malahan seperti nasi ambeng pula gwe tengok. bahahaha. (maaf kualiti gambar tidak semenggah makanan)


Ini pula foodcourt gelas besar. selalunya akan jadi tempat kami buat event birthday party dan farewell dinner untuk kawan-kawan. takde benda lain lah aku order melainkan nasi goreng patayya. 



Aku merupakan penggemar sizzling @ hot plate. bila mengidam aku akan ke Giant (foodcourt) untuk menikmati hot plate kegemaran. siyes weh korang harus cuba kalau kesini. 





Tapi kehidupan sebenar tidaklah selalu indah sebagai student. harus juga mengikat perut dan masak sendiri. jadi lauk sardin menjadi santapan pabila berbuka. makan pun dalam mangkuk je. sedih betul hidup. (sebenarnya baru dua kali je masak,selalunya beli kat bazar) mihmihmih =)


#dalam setiap gambar ada ceritanya.


Thank you for reading this entry!