try

Tuesday, February 19, 2013

Jerawat



Assalamualaikum =)



(edisi kesihatan)


Hai kawan-kawanku. Adakah anda semua tahu kecantikkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu luaran dan dalaman? Luaran adalah kecantikkan dari sudut fizikal yang boleh dilihat oleh mata kasarkan. Manakala dalaman adalah sebaliknya. lebih penting untuk dijaga kerana kesihatankan bermula dari dalam. (tu diaaa)

Aku pun sebenarnya demi menjaga kesihatan yang unggul cuba menstabilkan dan mengurangkan kuantiti pengambilan setiap makanan yang diambil. Yela kadang-kadang terlebih ambil yang manis, masin, masam dan paling jarang pahit. hik3. om nom nom ^_^



Jom kenali simptom-simptom terjadinya jerawat dipermukaan wajah dan leher anda =) 


1 & 2 : Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3 : Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5 & 7 : Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6 : Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8 : Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 &10 : Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 & 12 : Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13 : Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14 : Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.











Selain itu kita diberi pilihan untuk mengamalkan petua moden dan tradisional untuk menjaga kecantikkan. 

Petua moden : didakwa boleh memberi kesan segera. apa yang menjadi kebimbangan  adalah keselamatan produk yang digunakan.

Petua tradisional : menggunakan bahan semulajadi biasanya lebih berkesan walaupun selalunya mengambil masa yang lama sedikit untuk menampakkan hasilnya. lebih tahan lama berbanding rawatan moden.



Pilihan di tangan anda =)



Thanx for reading this entry

No comments:

Post a Comment